Pakej Umrah 2022/2023

Lebih Fokus Lebih Selesa.

Pengalaman Umrah Safwah Yang Lengkap

Nikmati Umrah yang selesa bersama Pasadana Travel & Tours


40M dari Masjidil Haram

Berjalan 3 minit sahaja* ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Mutawwif Berdedikasi

Mutawwif yang berpengalaman untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam

Pakej Umrah

Istimewa untuk semua lapisan masyarakat dengan pakej yang menarik dan rasai sendiri pengalaman mengerjakan umrah dan percutian bersama Pasadana Travel & Tours.


Keistimewaan Umrah Bersama Pasadana Travel

Jarak Hotel yang dekat (40m-50m) di Mekah & Madinah
Pakej FULLBOARD (mkn 3x sehari)
Penerbangan Terus MAS/SAUDI
Mutawif Berpengalaman dari Malaysia
Umrah 3x Bersama Mutawif
Percuma Ziarah & Bermalam (1 malam) di Thoif
Ziarah Mekah & Madinah
Percuma Air Zam-Zam (5L)
Kursus Umrah disediakan secara Percuma
Cenderahati dari Syarikat (Set Bag 4in1, Lanyard & ID Card)
Harga Pakej bermula serendah RM 7,590 sahaja
"Perkara yang menyeronokkan tentang Umrah bersama PASADANA TRAVEL & TOURS ialah pengurusan Jemaah yang diurus dari awal pergi dan pulang ke Malaysia. Selain itu, bimbingan daripada Mutawwif yang berpengalaman membuatkan saya rasa selamat dan yakin sepanjang ibadah Umrah. Pergerakan pun menjadi lebih mudah dan terurus."

- Yunus Shahrin

Tonton Video

Umrah Bersama Pasadana Travel & Tours

FAQ

Berikut merupakan soalan-soalan yang kerap ditanyakan oleh jemaah Umrah Pasadana Travel & Tours.

Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong.

Betulkah jarak perjalanan antara hotel dan masjid hanyalah 40 Meter?

40M dari Masjidil Haram. 3 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram.

Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?

Ya. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Suntikan vaksin tersebut tidak termasuk dalam pakej Umrah .

Apakah dokumen yang saya perlukan sebelum menunaikan Umrah?

Anda boleh memuat turun versi PDF dokumen yang diperlukan untuk Umrah anda bersama Pasadana Travel & Tours.

Adakah kursus Umrah akan disediakan untuk para jemaah?

Kursus umrah disediakan secara percuma untuk para Jemaah dan juga terbuka kepada orang awam. Kursus umrah akan disampaikan oleh Ustaz yang berpengalaman pada setiap bulan. Semasa kursus umrah berlangsung, syarikat akan mengadakan live dia Facebook dan boleh ditonton semasa live dan juga secara ulangan.

Berapa kali saya boleh melakukan Umrah?

Jemaah akan melakukan umrah di bawah bimbingan Mutawwif sebanyak 3 kali dan Jemaah juga dapat terus melakukan umrah sunat tambahan mengikut kemampuan jemaah.

Adakah air zam-zam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk dibawa pulang?

Kami membekalkan 5 liter air zam-zam untuk setiap jemaah yang boleh didapatkan selepas mendarat di KLIA (bergantung kepada kebenaran di Airport Jeddah & Madinah).

Apakah mod pengangkutan dari Mekah ke Madinah/Madinah ke Mekah?

Dengan bas dan mengambil masa sekitar 7 jam.
Agensi Umrah Berlesen

Pasadana Travel & Tours adalah penerima sijil lesen khas Umrah berstatus Muassasah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Pengertian Umrah Dan Kelebihan Mengerjakan Umrah

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah, dan Saie di antara Safa dan Marwah dengan ihram. (Rujuk Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 30/314) [1]
Firman Allah (SWT):

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
Maksudnya:“Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah: 196) [2]
Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan umrah adalah wajib atau fardu dilakukan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Sahih dari mazhab Imam as-Syafie.
Namun, ibadah haji dan umrah ini dikira sunat untuk dikerjakan secara berulang-ulang kali. Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang telah dijanjikan kepada sesiapa yang melaksakan ibadah haji dan umrah dengan penuh keikhlasan dan ketakwaaan.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

Maksudnya:“Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga.” [3]
Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)

Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa pensyariatan ibadah haji dan umrah merupakan satu pensyariatan yang agung di sisi Allah SWT. Hal ini jelas dapat dilihat berdasarkan hadith yang telah dinyatakan seperti di atas. Nabi SAW telah menjanjikan balasan syurga kepada sesiapa yang mencapai tahap mabrur dalam pelaksanaan ibadah hajinya. Begitu juga kepada sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, dosa-dosa kecil mereka akan dihapuskan sepanjang tempoh jarak ibadah umrah tersebut. [4]

Kami di Pasadana Travle & Tours berharap supaya setiap amalan kita diterima oleh Allah SWT dan kami turut mendoakan bakal jemaah umrah selamat mengerjakan ibadah umrah dan dikurniakan umrah yang mabrur.
Rujukan:
  1. 1. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. 2. The Noble Quran
  3. 3. The Book of Hajj
  4. 4. Mufti Wilayah Persekutuan